Wednesday, 4 March 2015

Tokoh Pejuang Di Sabah (Raja Ismail)

Raja Ismail Pemerintah Tempasuk 1760-an


Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun 1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih berdasarkan kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan.  

Beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, Di mana peranan ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya.

Hujah ini ada kekuatannya, Kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti Owen Rutter dan James Warren, Orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. 

 kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.

Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai Tuaran dan Teluk Marudu.

Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.Antara peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor.

 Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781,Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. 

Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih 30 buah dan perahu.

 Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang 90 kaki panjang yang boleh membawa 60 tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih 150 orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah  lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera.

 Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.

Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.

Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan Mahmud.

 Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. 

Faktor ini disebabkan Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.

Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yang memasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak musuh. 

Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura (1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). 

Semasa serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan 2 buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). Akibatnya pulau Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. 

Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang (Warren, 2002:160).

Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk bertemu di Tanjung Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal barat yang memasuki perairan Nusantara.


Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh Owen Rutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumber tempatan.Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibat merancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786.

 Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu berada di bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan serangan orang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskan oleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan pulau Kerajaan Kedah sanggup membayar $20,000.00 kepada etnik Iranun.

Tawaran ini diterima oleh Raja Satebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan (Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembali ke Tempasuk. 

Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7), di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancaman barat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.

Peranan Raja Satebuk terhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka di laut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orang Iranun.

Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukan kuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an. 

Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan: 1922:261).

Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyak menyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeri Melayu di nusantara.


Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British.
 Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. 

Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. 

Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.

Monday, 2 March 2015

Tokoh Pejuang Di Sabah (Mustapha Bin Harun)


Tun Datu Mustapha Datu Harun (31 Julai 1918-2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, KudatSabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan dari adik bongsunya, Dayang Khadijah) Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2)(sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin ( dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina),Dayang Zauyah,Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris).

Isterinya , Hawia Panglima Mohd (82 tahun ) meninggal dunia pada 13 Disember 2011 di Penambang.Hawia berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi .Anaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Khar Tun Mustapha.

Pendidikan
Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.

Kerjaya(Zaman Penjajahan)
Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.
Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.
Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya ( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka tidak tahu. (sumber lisan adik bongsu Tun). Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.
Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.
Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.
Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

Zaman Kemerdekaan
Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM (1977-1979) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun 1972, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar November 1973 - Februari 1990, beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia

Anugerah
AnugerahGelaranTarikh
KVO & Officer of Order of British Empire (OBE)TiadaTidak diketahui
Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)Tun26 November 1964
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)Datuk Seri PanglimaTidak diketahui
Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP)Dato'20 September 1969
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS)Datuk Seri20 Ogos 1971
Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)Dato'27 Oktober 1971
Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)Dato' Seri29 Mac 1971

Tokoh Pejuang Di Sabah (Panglima Ali)

Panglima Alli Pahlawan Sabah di Sebalik Peristiwa Tragis 21 Januari 1944


PANGLIMA Alli berjuang menentang penjajah untuk memartabat maruah bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya tidak didendang seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.


      Kebakaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada 9 Oktober 1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin masyarakat Pulau Sulug itu dengan mendakwa ia angkara tokoh terbabit dan pengikutnya.



    Panglima Alli adalah seorang daripada 324 rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam oleh Jepun di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 dan pengorbanan mereka diabadikan melalui Tugu Peringatan Petagas.



    Tentera Jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau subetnik Ubian itu kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.



    Tuduhan tanpa bukti itu berikutan tentangan berterusan Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani dan pengikutnya terhadap Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton, selain di bandar itu.



    Panglima Alli dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulug menjadi korban kekejaman Jepun menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempeitei (perisik tentera Jepun) akan bertindak balas.



   Tokoh itu bersama dua orang kanannya dikenali Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca kelemahan senjata iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api jenis mesingan.



    Panglima Alli dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Petagas bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 Oktober 1943 atau `Double Ten' di Pantai Barat, Borneo Utara (kini Sabah).



    Senario ini menyebabkan Panglima Alli dan pengikutnya dianggap pengikut Albert Kwok yang dikatakan menentang Jepun secara gerila kerana terpengaruh sentimen anti Jepun di China.



     Tindakan Kwok ditentang Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun kerana perang gerila dilancarkan mendedahkan rakyat tempatan kepada maut menyebabkan Kwok menganggap Datu Mustapha seorang pengecut.



    Anak Panglima Alli, Damiah, 85, berkata ayahnya bukan pengikut Kwok, sebaliknya berjuang bersama rakyat tempatan terutama etnik rumpun Bajau yang mendiami pulau sekitar Jesselton, Kota Belud dan Kudat.



    Katanya, penduduk pulau yang menjadi rakan seperjuangan Panglima Alli adalah Pulau Gaya dan Pulau Mengalum di perairan Jesselton, Pulau Mantanani di Kota Belud dan Pulau Banggi di Kudat.



   Beliau berkata, di tanah besar pula pengikut ayahnya adalah masyarakat sekitar Jesselton merangkumi Likas, Sepanggar, Putatan, Petagas, Tanjung Aru, Inanam dan Menggatal.



   Panglima Alli mempunyai ramai rakan seperjuangan termasuk tokoh agama, dikenali Yaakub; ketua masyarakat Bajau Ubian di Pulau Mantanani Kota Belud, Imam Sailillah Buldani dan tauke kedai runcit berbangsa Tionghua dikenali Si Intai di Jesselton.



   "Ayah saya pejuang sejati yang sanggup menggadaikan nyawa demi membela anak watan yang hidup sengsara dan menjadi hamba Jepun," kata anak tunggal Panglima Ali yang masih hidup dan kini menetap di Pulau Gaya.



    Damiah sukar mengawal air matanya ketika menceritakan perjuangan ayahnya dan kesengsaraan hidup mereka menjadi buruan Kempeitei.



    Panglima Alli bersama sepupunya dikenali Kasil dan adik iparnya Sandolan diheret lebih satu kilometer sebelum dilemparkan dalam kapal tentera Nippon dan dihantar ke Kem Tahanan Jepun di Kinarut, Papar sebelum dihukum bunuh.



    Katanya, beliau bersama ibunya dikenali Kembangtuli serta ahli keluarga merayu kepada askar Jepun supaya membebaskan ayahnya, Kasil dan Sandolan, malangnya rayuan itu tidak diendahkan, sebaliknya mereka diancam bunuh.



    "Penahanan ayah, Kasil dan Sandalon tidak membuahkan hasil kepada tentera Jepun untuk menjejak serta mengesan pihak bertanggungjawab membakar gudang getah kerana ketiadaan bukti sahih.



   "Dalam tempoh 15 hari selepas penahanan mereka, tentera Jepun datang semula ke Pulau Sulug untuk menahan 33 nelayan yang disyaki pengikut ayah untuk membantu siasatan," katanya.



    Antara yang ditawan kali ini ialah Damiah, Ketua Kampung (KK) Jawak bersama menantu, Saman Mawalli dan Maamun selain Toron, bagaimanapun KK Jawak dibebaskan kerana masih kecil.



    Turut ditahan penduduk kampung dikenali Ulah, Sabbi, Saludin, Jaulan, Da Maanah, Inggal, Barahim, Nawi, Makatabang, Aling, Akmad dan Malul.



    Damiah yang menyaksikan peristiwa itu tidak dapat menahan air mata ketika diminta mengimbas kembali kekejaman tentera Jepun itu terhadap keluarganya dan penduduk Pulau Sulug.



    Katanya, penduduk tempatan yang menjadi tawanan Jepun tidak berdaya melawan dengan hanya bersenjatakan parang sedangkan Kempeitei lengkap dengan senjata api.



    "Peristiwa pahit itu tidak berakhir di situ kerana keluarga kami menjadi buruan Kempeitei dan selepas mendengar nasihat wakil Residen Inggeris, kami meninggalkan Pulau Sulug dan berhijrah ke Papar," katanya.



    Damiah berkata, mereka sekeluarga termasuk ibunya, Kembangtuli, KK Jawak, Masiah, Illang, Edallah, Rukaiyah Saman, Sahawi Maamon, Misli Saman, Eksi Saman, Palahuddin Maamon, Pillak Jimlok, Makhsi Saman dan Tasiah Toron yang masih bayi ketika itu, membawa diri ke Kampung Buang Sayang, Papar.



   Tasiah kini menetap di Pulau Gaya bersama ibunya, Damiah.



   Penahanan beramai-ramai pengikut Panglima Alli oleh Jepun gagal mengekang kebangkitan rakyat Sabah yang bersemangat waja membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman penjajah.



    Difahamkan ada di antara mereka diberi minum air sabun lalu dipijak menyebabkan perut terburai, tidak diberi makanan sehingga mati kebuluran, dilemaskan dan yang paling ramai kepala mereka dipancung.



   Ada juga cerita lisan mengenai peristiwa pembunuhan itu, sebahagian daripada mangsa tawanan berkenaan kononnya kebal menyebabkan askar Jepun membiarkan mereka kebuluran dan selepas itu dilemaskan dalam air.



    Justeru, Panglima Alli adalah pejuang sejati yang sanggup mati demi memperjuangkan martabat bangsa dan agama serta perjuangannya tidak dipengaruhi golongan berpaksikan negara asing.

Tokoh Pejuang Di Sabah (Antanom)


Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

    Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat; ada fakta yang perlu dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin pemberontakan itu. 


     Menurut tradisi orang-orang Inggeris, mereka lazimnya menyebut nama keluarga daripada nama peribadi. Orang yang memimpin pemberontakan Rundum itu ialah anaknya bernama Ontoros dan bukan Antanom bapanya. Disinilah berlakunya kekeliruan fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama Antanom sudah terkenal dan tercatat dalam sejarah tanahair, buku yang akan terbit mengenai pemberontakan itu mengekalkan nama Antanom itu sebagai Ontoros. 


        Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan " Masinpunon " sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. 
Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah " Pengayau ". 


    Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya. 


      Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi suasana persekityarannya yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian. 


      Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman. 


     Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu. 


      Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera waktu. Api yang tidak menjilat batang, daun dan ranting; tidak bererti api tidak bersembunyi dibawah tanah memakan akar. 


      Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah terganggu. 



     Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. 


     Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Beberapa buah kubu pertahanan telah dibina di Selangit sebagai kubu induk atau digelar Silar Pinikit, diikuti oleh beberapa buah kubu lagi di Menining ulu sungai Telokoson, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Kubu-kubu ini dibina sekitar tahun 1913 sehingga 1915 dengan paduan tenaga seluruh kaum Murut di kawasan Pedalaman. Serangan ke atas setesen Rundum merupakan serangan pramasa. Antanom/Ontoros sebenarnya tidak mahu melancarkan serangan terburu-buru, kerana banyak lagi kubu mereka belum siap dibina. 


     Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya. Bagaimanapun, banyak fakta yang sebenar berlaku, telah dipesongkan oleh sejarawan Barat. Kalaupun bukan dengan sengaja, niat melindungi maruah Empayar British itu tetap ada, sehingga segala fakta menjadi kabur.


Tokoh Pejuang di Sabah [ Syarif Osman (Uthman) ]




     Di Kota Marudu, terdapat kedatangan penjajah yang cuba untuk menguasai daerah ini dan mengaut keuntungannya. Oleh itu, lahirnya pejuang yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menghalau penjajah tersebut. Demi memastikan daerah ini tidak jatuh ketangan penjajah, mereka sanggup menggadaikan nyawa.

Latar Belakang Syarif Uthman

* antara tokoh terawal yang berjuang untuk menentang penjajah.
* merupakan wakil kepada Kesultanan Sulu yang mentadbir wilayah Teluk Marudu.
* juga merupakan ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu sekitar 1890-1895.

Faktor Penentangan

* kehadiran penjajah telah mengganggu amalan kehidupan masyarakat setempat di daerah ini. (Khususnya di Teluk Marudu)
* pihak British memajak Sabah dari Sultan Sulu dan Brunei.
* permintaan mereka yang meminta agar semua kapal dagang barat yang berdagang di wilayahnya, iaitu Teluk Marudu membayar cukai kepadanya tidak diendahkan oleh pihak British.
* malah, pihak British dan orang-orang barat mentertawakan dan menghina Sharif Osman.

Peristiwa Penentangan

* Menentang penyerahan Sabah kepada pihak British.
* Menentang penceroboh asing di perairan Teluk Marudu.
* Menangkap kapal dagang yang enggan membayar cukai kepadanya

     Oleh itu, Syarif Osman melakukan beberapa serangan keatas kapal dagang serta membunuh mereka.

     Setelah berjaya membunuh musuh, beliau akan memenggalkan kepalanya dan memotong kemaluan mereka sebagai amaran kepada pihak penjajah barat. Kepala musuh yang dipenggal akan diserahkan kepada orang-orang “Sagaih” iaitu orang-orang Dusun dan Dayak yang meganggap kepala musuh sebagai “Hadiah berharga tanda kepahlawanan seseorang”. Kemaluan orang-orang Barat dan pihak musuh pula akan dipotong dan dicucuk dengan rotan untuk digantung merentangi Sungai Marudu.

     Tindakan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak barat dan mana-mana musuh yang ingin mencabar kekuatan orang-orang Marudu.

     Pihak British telah meminta sokongan Sultan Brunei untuk memerangi Sharif Osman dan orang-orang Balanini-Illanun yang dianggap “Kumpulan Lanun yang paling berani dan berbahaya di Asia Tenggara”

     Pangeran Yusop yang bersengketa dengan Rajah Muda Hashim telah menyokong Shariff Osman. Pihak pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah meminta tentera Diraja British di London untuk memerangi Shariff Osman dan membuang arang yang diconteng di muka kerajaan British.

Kesan Penentangan

     Aktiviti pelanun dan perang di laut semakin berleluasa. Sharif Osman dituduh sebagai ketua lanun oleh pihak Barat. Sharif Osman dicanangkan oleh pihak Barat terutamanya oleh Raja Sarawak, James Brooke sebagai orang yang kejam dan tidak bertamadun.

     Pihak barat juga telah melancarkan perang saraf dengan mengumumkan kepada rakyat bahawa Shariff Osman adalah “Lanun yang jahat “dan bukannya “Pelindung Rakyat”.

     Syarif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Mundy. Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman, sekaligus beliau turut terbunuh.

     Pengikut-pengikut Sharif Osman yang berundur dari kubu itu sempat membawa jenazah Syarif Osman untuk dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu.

     Kini,  kawasan kubu dan tanah perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda sejarah di daerah Kota Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan beberapa orang pengikut setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan darat melalui beberapa perkampungan iaitu :
  •  Kampung Tandek
  •  Kampung Botition.
     Tindakan Shariff Osman ini “amat memberi malu kepada orang-orang barat”. Penghinaan Shariff Osman tehadap orang-orang barat “tidak pernah diterima dan dialami oleh mana-mana kuasa barat yang menjajah Asia” dan “belum pernah mana-mana kuasa dunia dan pemerintah yang berani memotong dan menggantung kemaluan orang barat di khalayak ramai”.
 -James Brooke-



Catatan yang menyebut Syarif Osman sebagai Lanun

”Pada hari ini 19.08.1845, satu pertempuran telah berlaku di antara tentera-tentera Inggeris dan pasukan tentera Syarif Osman di Marudu, Sarawak. Syarif Osman merupakan salah seorang pembesar dan ketua yang memerintah Marudu. Beliau juga salah seorang penentang utama James Brooke, di samping Pengeran Yusuf, Syarif,Sahab Malar dan lain-lain. Serangan ke atas orang-orang Inggeris dilancarkan melalui jalan laut.  Serta Penentangan bertambah hebat apabila tindakan Syarif Osman  mendapat sokongan daripada Syed Yusuf, Perdana Menteri Sultan Brunei yang juga bencikan campur tangan Inggeris ke atas kubu-kubu Brunei pada bulan Oktober 1844. Situasi ini menyebabkan James Brooke merasa bimbang dan beliau berusaha mendapatkan bantuan tentera dari Singapura. Beliau kemudiannya telah dibekalkan dengan kapal perang dan pasukan tentera diketuai oleh Thomas Cochrane. Akhirnya pada hari ini pasukan James Brooke ini telah menyerang kubu Syarif Osman di Marudu dan pertempuran telah berlaku di antara Inggeris dan Syarif Osman. Dalam pertempuran ini kubu Syarif Osman dapat dimusnahkan dan beliau sendiri telah terkorban dalam pertempuran itu.”

Tokoh Pejuang Di Sabah (Mat Salleh)


Datu Mat Salleh atau  lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh merupakan pejuang Sabah  yang terkenal dalam penentangannya yang hebat terhadap penjajahan Inggeris di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengaalaban,Paitan.

Perjuangan Mat Salleh

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya iaituDatu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang hati dengan tindakan Mat Salleh itu , lalu Inggeris menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.

Wednesday, 28 January 2015

Tokoh Pejuang Di Sabah (Datu Tating)

DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH

Sedikit sebanyak mengenai beliau:-
+ Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu.
+ Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu.
+ Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
+ Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
+ Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya.
+ Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
+ Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
+ Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.
+ Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.
+ Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.
Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.