Di Kota Marudu, terdapat kedatangan penjajah yang cuba untuk menguasai daerah ini dan mengaut keuntungannya. Oleh itu, lahirnya pejuang yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menghalau penjajah tersebut. Demi memastikan daerah ini tidak jatuh ketangan penjajah, mereka sanggup menggadaikan nyawa.
Latar Belakang Syarif Uthman
* antara tokoh terawal yang berjuang untuk menentang penjajah.
* merupakan wakil kepada Kesultanan Sulu yang mentadbir wilayah Teluk Marudu.
* juga merupakan ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu sekitar 1890-1895.
Faktor Penentangan
* kehadiran penjajah telah mengganggu amalan kehidupan masyarakat setempat di daerah ini. (Khususnya di Teluk Marudu)
* pihak British memajak Sabah dari Sultan Sulu dan Brunei.
* permintaan mereka yang meminta agar semua kapal dagang barat yang berdagang di wilayahnya, iaitu Teluk Marudu membayar cukai kepadanya tidak diendahkan oleh pihak British.
* malah, pihak British dan orang-orang barat mentertawakan dan menghina Sharif Osman.
Peristiwa Penentangan
* Menentang penyerahan Sabah kepada pihak British.
* Menentang penceroboh asing di perairan Teluk Marudu.
* Menangkap kapal dagang yang enggan membayar cukai kepadanya
Oleh itu, Syarif Osman melakukan beberapa serangan keatas kapal dagang serta membunuh mereka.
Setelah berjaya membunuh musuh, beliau akan memenggalkan kepalanya dan memotong kemaluan mereka sebagai amaran kepada pihak penjajah barat. Kepala musuh yang dipenggal akan diserahkan kepada orang-orang “Sagaih” iaitu orang-orang Dusun dan Dayak yang meganggap kepala musuh sebagai “Hadiah berharga tanda kepahlawanan seseorang”. Kemaluan orang-orang Barat dan pihak musuh pula akan dipotong dan dicucuk dengan rotan untuk digantung merentangi Sungai Marudu.
Tindakan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak barat dan mana-mana musuh yang ingin mencabar kekuatan orang-orang Marudu.
Pihak British telah meminta sokongan Sultan Brunei untuk memerangi Sharif Osman dan orang-orang Balanini-Illanun yang dianggap “Kumpulan Lanun yang paling berani dan berbahaya di Asia Tenggara”
Pangeran Yusop yang bersengketa dengan Rajah Muda Hashim telah menyokong Shariff Osman. Pihak pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah meminta tentera Diraja British di London untuk memerangi Shariff Osman dan membuang arang yang diconteng di muka kerajaan British.
Kesan Penentangan
Aktiviti pelanun dan perang di laut semakin berleluasa. Sharif Osman dituduh sebagai ketua lanun oleh pihak Barat. Sharif Osman dicanangkan oleh pihak Barat terutamanya oleh Raja Sarawak, James Brooke sebagai orang yang kejam dan tidak bertamadun.
Pihak barat juga telah melancarkan perang saraf dengan mengumumkan kepada rakyat bahawa Shariff Osman adalah “Lanun yang jahat “dan bukannya “Pelindung Rakyat”.
Syarif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Mundy. Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman, sekaligus beliau turut terbunuh.
Pengikut-pengikut Sharif Osman yang berundur dari kubu itu sempat membawa jenazah Syarif Osman untuk dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu.
Kini, kawasan kubu dan tanah perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda sejarah di daerah Kota Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan beberapa orang pengikut setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan darat melalui beberapa perkampungan iaitu :
- Kampung Tandek
- Kampung Botition.
-James Brooke-
Catatan yang menyebut Syarif Osman sebagai Lanun
”Pada hari ini 19.08.1845, satu pertempuran telah berlaku di antara tentera-tentera Inggeris dan pasukan tentera Syarif Osman di Marudu, Sarawak. Syarif Osman merupakan salah seorang pembesar dan ketua yang memerintah Marudu. Beliau juga salah seorang penentang utama James Brooke, di samping Pengeran Yusuf, Syarif,Sahab Malar dan lain-lain. Serangan ke atas orang-orang Inggeris dilancarkan melalui jalan laut. Serta Penentangan bertambah hebat apabila tindakan Syarif Osman mendapat sokongan daripada Syed Yusuf, Perdana Menteri Sultan Brunei yang juga bencikan campur tangan Inggeris ke atas kubu-kubu Brunei pada bulan Oktober 1844. Situasi ini menyebabkan James Brooke merasa bimbang dan beliau berusaha mendapatkan bantuan tentera dari Singapura. Beliau kemudiannya telah dibekalkan dengan kapal perang dan pasukan tentera diketuai oleh Thomas Cochrane. Akhirnya pada hari ini pasukan James Brooke ini telah menyerang kubu Syarif Osman di Marudu dan pertempuran telah berlaku di antara Inggeris dan Syarif Osman. Dalam pertempuran ini kubu Syarif Osman dapat dimusnahkan dan beliau sendiri telah terkorban dalam pertempuran itu.”
No comments:
Post a Comment