Sabah dahulunya pernah dijajah selama 82 tahun oleh pihak British. Sabah telah bernaung di bawah SBUB dari tahun 1881 sehingga bebas sepenuhnya pada tahun 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan pada 31 Ogos 1963. Penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh
tempatan seperti Raja Ismail,Datu Tating, Sharif Uthman,Paduka Mat Salleh,Antanom,Datu Mustapha Harun,Panglima Ali dan beberapa tokoh lain yang turut
berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari terus
berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh
ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran
serta nyawa.
No comments:
Post a Comment